Hamba Ramadan!

Ramadan datang Ramadan pergi
Adakah kita dikalangan yang rugi?
Ramadan berlalu tidak bererti
Jika amalan terhenti semasa Aidil Fitri

Adakah kita hamba Allah atau hamba Ramadan?
Amalan yang dikerjakan tak sepadan
Ketika kita mengharap malam tanpa sempadan
Di akhir-akhir bulan Ramadan!

Hamba Allah akan meneruskan perjuangan
Melawan nafsu selepas sebulan perjalanan
Mencari redha mencari berkat
Amalan tidak reda, tidak terencat

Hamba Ramadan – bermusim
Ketika Takbir berkumandangan mula menjadi runsing
Amalan sebulan disingkir
Tanpa berfikir-fikir

Inilah orang yang kikir
Hanya mengira Ramadan bila berakhir
Puasa, sholat dan qiyam tidak mengukir
Peribadi yang berzikir!

Maka jadilah hamba Allah yang sejati
Hidup dan mati
Niat amalan kita berhati-hati
Takut hanya menjadi Hamba Ramadan yang rugi

Islam aku hanya semusim
Sebulan Masjid tidak asing
Hanya ketika Ramadan aku Muslim
Inilah hamba Ramadan yang merunsing

Ramadan adalah sebuah madrasah
Untuk kita mengasah
Supaya menjadi Hamba Allah yang sah
Lidah berzikir sentiasa basah

“Semoga kamu menjadi taqwa”*
Inilah natijah yang ingin dibawa
Bukan sibuk nak melawa
Menyambut Aidil Fitri tanpa fatwa

Jadilah Hamba Allah bukan Hamba Ramadan
Buktikan dengan amalan
Selepas ini, kepada Allah kita semangkin berbakti
Inilah Ramadan yang penuh bererti ketika amalan tidak terhenti

[email protected]
28 Ramadan 1436

* “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)