Jangan Pandang Belakang!

Jangan Pandang Belakang!

Jangan pandang belakang
Elok juga jangan berpantang
Jika kita ingin maju
Betulkan hala tuju

Dosa dan noda
Sering dikota
Tetapi jangan sampai ia bersarang
Kelak Iman kita diserang

Apa nak kata!
Kalau sibuk dilamun cinta
Sahaja berdua-duaan
Yang ketiga ialah Syaitan

Jika Islam melarang
Jangan kita berang
Shariat Islam dipegang teguh
Jangan sekali buat bodoh

Jika Islam dicaci
Harus kita rasa benci
Jangan pulak kita sekaki
Agama kita maki

Itu tidak sengaja
- Alasan yang bermaharajarela
Sampai bila sebegini?
Hilang identiti jati diri

Bangkitlah wahai saudaraku
Apa sudah berlaku?
Islam menjadi kaku
Akibat tindakan daku?

Soalan ini perlu dijawab
Bukan tunjuk biadab
Kita harus peka
Tentang Islam jangan leka

Harus kita berperang
Tetapi jangan menggunakan pedang
Perang minda perang ilmu
Jangan berhenti maupun jemu

Akhir qalam
Terimalah salam
Dari saya yang tengelam
Dalam dosa silam

Kerana itu JANGAN PANDANG BELAKANG
Kehadapan menyuluh terang
Bukan sebuah lagi cerita hantu
Tetapi perbaiki diri dengan Ilmu

Qalamuddin 1/3/2012