Kembalinya 2 Satria?

Kembalinya 2 Satria?

Mengenang peristiwa lepas – hati merasa sebak
Antara percaya dan tidak
Harapan menjadi pakatan
Ampun dan maaf-bermaafan menjadi jembatan
Tujuan utama menegakkan keadilan
Harus menjadi pemimpin berpedoman agar kepercayaan dikembalikan
Impian menjadi nyata – harap rakyat tidak lagi menderita
Rasuah wajib dibasmi serta janji dikota

Dalam Islam pernah dicerita
Antara kawan, musuh dan lawan bersengketa
Namun rakyat jua yang menanggung nista

Allah swt berjanji – sesiapa yang menegakkan kebenaran!
Natijahnya pahala dan syurga menjadi ganjaran
Wawasan baru menuju damai – segala perbuatan harus tulus
Antara perjanjian kawan lama, membawa erti yang mulus
Rahsia kegemilangan adakah dengan kembalinya dua Satria atau doa rakyat tanpa putus!

[email protected]
6 Ramadan 1439H