COVID 19

Submitted by : qalamuddin on Non English Poems New

COVID 19

Manusia mengeluh – Ah! Covid sembilan belas
Adakah Sang PenCipta membalas?
Atau Bumi dibebas
Dari belenggu Insan yang tiada batas

Covid 19 mencengkam
Manusia dikurung di diaman
Apakah pendoman?
Hai, Insan fikirlah mendalam!

Interaksi hanya di alam maya
Adakah Insan berdaya?
Virus berleluasa
Peringatan dari Allah yang ESA

Semua terjerat
Yang Baik mahupun Jahat
Kerana kezaliman terpahat
Di hati yang sesat!

Masjid menjadi sunyi
Suara sumbang berbunyi
Iman menjadi kunci –
Benarkah virus lari dari yang suci?

Silaturahim bertukar wadah
“ZOOM” menguasai nada
Tangan manusia luas menadah
“Ya Allah, hilangkan padah”

Zikir – fikirlah Insan
Covid 19 membawa kesan
Jangan sampai didamping nisan
Baru sedar mencari ihsan!

Sabar dan solat adalah jawapan*
Kepada manusia yang jauh dari sempadan
Kehidupan akan terus berjalan
Hanya menanti BESAR atau KECIL kepulangan*

Jangan menambah dosa dengan salah-menyalah
Tetapi jangan juga mengalah
Yang utama orakkan langkah
Menuju jalan kebenaran bukan salah

Ego insan dikalahkan tentera ghaib
Bukan sesuatu yang ajaib
Hanya Allah berkuasa tertib
Kepada siapa lagi kita ingin mengadu nasib

Akhir kalam Ramadan mengunjung dengan RahmatNYA tersebar
Hidup makhluk dicabar
Episod COVID 19 menjadi ikhtibar
Agar Insan taubat serta sedar!

Doa saya untuk semua – wahai pembaca
Tebarkan mesej dan bertanya: Ke mana kita lepas peristiwa?
Adakah sia-sia Allah berbicara?
Dengan COVID 19 menjadi HANYA satu upacara!


Salam Ramadan dari Qalamuddin
1hb Ramadan 1441H


* "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" [Al-Baqarah 2:45-46}

** Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.[As-Sajdah:32:21]

Search
Who is new
BorisIvanovChoom
MeganSlito
jhk
CharlesKew
Abufawzaan
Recent Online Users
Abufawzaan
jhk