Salam Syawal

Submitted by : qalamuddin on Non English Poems New

Terlebih dahulu ucapan dari saya
Salam Syawal kepada semua ,
Saya ingin bertanya…
Adakah kita sudah berjaya?

Ramadan kita mengejar malam qadar
Sudahkah kita sedar?
Sebulan mengasah, mengalahkan nafsu membakar
Mencari-cari ikhtibar!

Ramadan cepat sudah berlalu
Tiba masanya Syaitan terlepas dari belenggu
Mulalah kita melulu diganggu
Olehnya tanpa segan silu

Syaitan bersumpah dengan kesungguhan tekad*
Ini sudah berlaku berdekad berabad
Setiap detik setiap saat
Agar anak Adam, semua tersesat!

Dua malam yang selalu dilupakan**
Ketika Takbir berkumandang
Dan puasa sebulan ditambah enam***
Mengelakkan diri dari jahanam

Itulah tanda-tanda awal
Ketika menjelang Syawal
Ramadan kita gemilang
Apabila ibadah tidak terbilang!

Ibadah tidak terhenti, tidak terencat
Semua amalan tiada cacat!
Bukan hanya di Ramadan amalan kita giat
Tetapi di bulan-bulan lain kita liat

Ayuh semua kalahkan nafsu dan syaitan
Jangan beramal “go head gostan”
Takut timbangan menjadi ringan
Kerana banyak berangan-angan

Apabila Ramadan kita membawa berkah
Natijahnya hanyalah Takwa
Itulah yang menjadi impian
Seterusnya amalan kita jaga, agar jangan tidak kesampaian

Sekali lagi Ramadan datang Ramadan pergi
Mendidik diri mendidik hati,
sedarlah masa hanya menanti, iaitu saat mati
janganlah kita menipu diri, jangan menjadi yang rugi

Dapatkah kita berjumpa Ramadan yang akan menjelang tahun hadapan?
Maka amalan Ramadan lepas,jangan putuskan
teruskan tanpa alasan, tanpa sempadan
Istiqomah menjadi suatu pengharapan!

Firdaus@Qalamuddin
9 Syawal 1440/13th May 2019

* “Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".” [Surah Al-Isra’:62]

** ” Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).” Riwayat Ibnu Majah (1782)

*** “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Muslim no: 1164]

Search
Who is new
GrelenRah
Anya85pr
Anya82pr
Anya80pr
ClydeEpiva
Recent Online Users
Abufawzaan
jhk